Jangan panik, minta bantuan pihak berkaitan jika diganggu

Sekadar Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Seorang wanita tempatan menasihatkan orang ramai supaya tidak panik jika diganggu sebarang entiti yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

Penduduk di sebuah taman perumahan di kawasan Kingfisher itu berkata dia diganggu oleh satu entiti dipercayai makhluk ghaib di rumahnya sendiri.

Wanita berumur 28 tahun itu berkata entiti terbabit dikesan sering masuk ke dalam rumahnya, bagaimanapun tidak mengesan sebarang kerosakan di bahagian pintu ataupun tingkap rumahnya.

“Benda ini sering menggangu saya dan saya sendiri tidak tahu dari mana datangnya benda dipercayai makhluk ghaib ini sehingga saya berasa terancam,” katanya.

Oleh itu, dia bertindak membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya selain menghubungi pihak berkenaan termasuk ahli agama untuk bantuan menghindari entiti itu.

Dia juga menasihatkan orang ramai supaya tidak panik dan sentiasa berhati-hati sekiranya diganggu dan membuat laporan polis segera termasuk pihak berkaitan untuk tindakan segera. – Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *