PAPAR: Dua lelaki tempatan bakal berhadapan hukuman penjara apabila ditahan bersama sejumlah syabu di sini.
Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Umpit berkata kedua-dua suspek ditahan oleh anggota polis yang menjalankan rondaan di Kilometer 1 Jalan Papar-Kota Kinabalu.
“Suspek dikesan dalam keadaan mencurigakan semasa anggota polis peronda menjalankan pemeriksaan terhadap mereka.
“Hasil pemeriksaan lanjut terhadap suspek kemudiannya berjaya menemukan satu paket plastik kecil yang mengandungi hablur jernih dipercayai dadah jenis syabu,” katanya.
Bath berkata suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar dan hasil ujian air kencing terhadap mereka menunjukkan positif syabu.
“Kedua-dua suspek berumur 31 dan 44 tahun kemudiannya ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – Utusan Borneo