SULAWESI: Sejak 17 tahun lalu, sebuah restoran di Wonomulyo, Polewali Mandar hanya memutarkan lagu penyanyi Nike Ardilla yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 1995.
Restoran yang turut diberi nama Nike Ardilla itu dibuka pada 2002 dan pemiliknya memasang lagu penyanyi popular Indonesia berkenaan setiap hari.
Malah, menurut Tribun Jateng, makanan serta minuman turut bersertakan judul lagu-lagu nyanyian Nike yang juga pelakon dan model dari Bandung.
Antara masakan kegemaran pelanggan adalah sate ayam Seberkas Sinar, ayam goreng Sandiwara Cinta, ayam bakar Nike Ardilla dan nasi goreng Bintang Kehidupan.
Nike yang popular menerusi lagu Bintang Kehidupan meninggal dunia pada usia 19 tahun selepas kereta dipandunya merempuh konkrit jalan di Bandung, kira-kira jam 3 pagi. – Agensi