Cara Untuk Baca Whatapps Yang Sudah Di Delete

Aplikasi WhatsApp masa kini banyak memudahkan urusan kita seharian dalam berkomunikasi. Namun, dengan adanya fungsi ‘delete message for everyone’, sedikit sebanyak membuatkan pengguna rasa curious nak tahu apa yang cuba dihantar oleh kenalan mereka.

Menurut Astro Awani, ada cara rahsia untuk mendapat semula mesej yang telah dibuang, walaupun sudah lenyap dari skrin.

1. Delete aplikasi WhatsApp daripada iPhone atau Android
2. Muat turun semula WhatsApp daripada stor aplikasi
3. Log masuk, kemudian restore rekod mesej daripada back-up


Apabila mesej back-up telah dipulih kembali, semua mesej termasuk yang telah dibuang dan dipadam akan terus muncul.

Ia kerana WhatsApp secara automatik akan menjalankan back-up setiap hari pada 2 pagi selain menyimpan dalam rekod semua mesej yang dihantar dan diterima.

ini rupanya cara untuk baca mesej whatsapp yang sudah di delete

Hal ini juga telah menjejaskan seramai 1 billion pengguna Whatsapp sedunia apabila mesej yang telah mereka buang boleh muncul semula.

Sejurus selepas ciri ‘Delete for everyone’ dilancarkan pada November 2017, blog Android Jefe melaporkan bahawa pengguna Android boleh melihat mesej yang dibuang, menerusi dua cara:

1. Pengguna boleh meletakkan widget ‘Settings’ pada home screen, di mana pilihan ‘Notification Registration’ akan muncul

atau

2. Pengguna boleh muat turun aplikasi notification history yang menunjukkan semua notifikasi terbaharu, walaupun mesejnya telah dibuang dalam WhatsApp.

Ini boleh terjadi buat pengguna Android kerana apabila notifikasi muncul di telefon pintar Android, ia secara automatik disimpan dalam log notifikasi.

Sumber: Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *