Ops Sarang Khas: PBT Edar Notis Roboh Rumah Dibina Tanpa Kebenaran Di Kampung Titingan

Gambar Unit Media PDRM Tawau

OPS SARANG KHAS: PBT EDAR NOTIS ROBOH RUMAH

TAWAU, 19 Mac 2019 – Sebilangan penduduk rumah setinggan di Kampung Titingan (Ice Box) diarah mengosongkan rumah dalam tempoh terdekat kerana membina rumah tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Bin Hj. Marsus berkata, PDRM Tawau dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Majlis Perbandaran Tawau bekerjasama dalam operasi pemutihan kawasan penempatan setinggan yang dibina secara meluas di kawasan berkenaan.

“Operasi pemutihan ini tertumpu kepada binaan rumah kediaman atas air dan binaan tambahan yang tidak mendapat kebenaran dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang didirikan oleh warga asing,” katanya.

Sebanyak 109 buah rumah telah ditanda kerana tidak mendapat kebenaran dari pihak berkuasa tempatan.

Sebilangan daripada itu, sejumlah 24 buah rumah yang dibina telah diberikan notis kepada penghuni secara berperingkat.

Operasi itu membabitkan rumah yang dibina sejak sekian lama berikutan binaan tambahan rumah tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Operasi melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) IPD Tawau, ESSCOM, International Criminal Police Organization (INTERPOL) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Majlis Perbandaran Tawau yang menumpukan di kawasan hotspot.

ACP Fadil mengulas, OPS Sarang ini akan diperluas dan akan dijalankan berterusan dalam hasrat proses pemutihan kawasan penempatan serta akan dilaksanakan dengan lebih kerap dan lebih agresif di kawasan yang telah dikenalpasti yang bukan hanya di Kampung Titingan sahaja, malah di tempat lain juga akan dilaksanakan dengan lebih berkesan. – Facebook Page Polis Daerah Tawau

Gambar Unit Media PDRM Tawau
Gambar Unit Media PDRM Tawau
Gambar Unit Media PDRM Tawau
Gambar Unit Media PDRM Tawau
Gambar Unit Media PDRM Tawau
Gambar Unit Media PDRM Tawau
Gambar Unit Media PDRM Tawau
Gambar Unit Media PDRM Tawau
Gambar Unit Media PDRM Tawau
Gambar Unit Media PDRM Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *