Bacaan IPU tiga daerah di Sabah berada pada tahap sederhana

KOTA KINABALU, 18 Mac – Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tiga daerah di Sabah berada pada tahap sederhana setakat 12 tengah hari ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU tertinggi 80 ialah di Kimanis, diikuti Keningau (65) dan Kota Kinabalu (59).

Sementara IPU Labuan juga berada pada tahap sederhana.

Daerah Sandakan kembali pada tahap baik hari ini.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

— BERNAMA

141