PPM tahan bot nelayan Vietnam, lori bawa 32 tong gas LPG

Anggota PPM memeriksa dokumen bot nelayan Vietnam. – Gambar Pasukan Polis Marin W4 Sabah

KOTA KINABALU: Bot nelayan Vietnam dan sebuah lori dipercayai menyeludup 32 unit tong gas petroleum cecair (LPG) berjaya ditahan dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan bersama beberapa agensi di sini.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata operasi bersepadu dijalankan bersama Jabatan Perikanan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Pemeriksaan awal di perairan Kota Kinabalu kira-kira jam 9.30 pagi mendapati sebuah bot nelayan Vietnam memiliki pukat tangsi sepanjang 5,00 meter tanpa kebenaran daripada Jabatan Perikanan.

“Dalam serbuan yang dijalankan pada hari sama, sebuah lori 1.5 tan turut ditahan bersama 32 unit tong gas LPG 14 kilogram setiap satu serta dua tong kosong jam 11.30 pagi.

“Apabila disiasat, pemmandu lori gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran daripada pihak KPDNHEP untuk membawa tong gas berkenaan ke Pulau Gaya,” katanya.

Beliau berkata rampasan tong gas LPG bernilai RM8,000 manakala pukat tangsi sepanjang 500 meter dianggarkan bernilai RM30,000.

“Kesemua tangkapan serta rampasan keseluruhan bernilai RM73,900 termasuk lori dibawa ke Markas Operasi PPM Kota Kinabalu untuk disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Perkara 3 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan Akta Perikanan 1985,” katanya. – Pasukan Polis Marin W4 Sabah

BOT nelayan Vietnam yang ditahan di perairan Kota Kinabalu. – Gambar Pasukan Polis Marin W4 Sabah
Gambar Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *