‘Sembunyi’ di tengah laut

DUA bot nelayan ditahan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) di perairan Tanjung Kapor, Kudat. FOTO Ihsan APMM

“Empat nelayan warga Indonesia itu didapati memukat di kawasan perairan kurang tiga batu nautika dari daratan terdekat.

“Aktiviti memukat di kawasan berkenaan adalah tidak dibenarkan dan ia akan merosakkan batu karang serta menjejaskan keseimbangan ekosistem alam,” katanya, hari ini.

Beliau berkata, kebanyakan bot terbabit dikesan melakukan aktiviti memukat ikan pada lewat malam dan awal pagi.

“Mereka juga biasanya akan bergelap supaya tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa selain mengelak penduduk setempat membuat aduan.

“Mereka mengambil mudah tentang keselamatan diri demi keuntungan segera,” katanya.

Sehubungan itu, dua bot bersama nelayan ditahan dan dibawa Jeti Awam Kudat serta diserahkan kepada Pegawai Penyiasat untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut.

“Kes disiasat dibawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen,” katanya.

Terdahulu, APMM menasihatkan majikan atau pemilik bot supaya sentiasa peka dengan aktiviti pekerja masing-masing.

“Pastikan tekong bot memahami serta mengetahui peraturan sedia ada sebelum diberikan tugas dan sentiasa patuh pada undang-undang yang ditetapkan.

“Komuniti maritim diharap dapat memberi kerjasama dengan pihak penguatkuasa dalam membanteras kegiatan jenayah atau perlanggaran undang-undang di Zon Maritim Malaysia,” katanya.

Tambahnya lagi, orang ramai diminta segera menghubungi talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Maritim Kudat di talian 088-610858 sekiranya berlaku sebarang kejadian jenayah atau kecemasan di kawasan masing-masing. – Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *