Bermula 12 Julai Pemandu Grab mesti ada lesen PSV

BERMULA 12 Julai 2019 peraturan e-hailing akan berkuatkuasa. Peraturan baru ini mempunyai beberapa syarat utama yang perlu dipatuhi oleh rakan-pemandu, ia termasuk:  

  1. Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) – Semua rakan-pemandu perlu mendapatkan lesen PSV, di mana rakan-pemandu perlu menghadiri kursus latihan PSV selama 6 jam dan lulus peperiksaan bertulis.
  2. Pemeriksaan Kesihatan – Semua rakan-pemandu perlu menjalani pemeriksaan kesihatan untuk mendapatkan PSV.
  3. Insurans E-hailing – Kenderaan yang digunakan untuk e-hailing perlu mendapatkan tambahan insurans e-hailing di atas polisi insurans motor persendirian yang sedia ada.
  4. Pemeriksaan PUSPAKOM – Kenderaan e-hailing yang berusia lebih daripada 3 tahun mesti melengkapkan pemeriksaan awalan PUSPAKOM dan setiap tahun selepas itu.

Pihak GRAB telah berbincang dengan Menteri Pengangkutan mengenai syarat-syarat peraturan ini, dan beliau menyokong beberapa cadangan yang telah dibentangkan. 
Kini, GRAB menunggu agensi yang terlibat, seperti JPJ dan APAD, untuk melaksanakan cadangan tersebut dengan mengemaskini polisi sedia ada.
Pada 4 Mac 2019, wakil Grab bersama-sama dengan pengendali e-hailing lain serta APAD, menghadiri taklimat rasmi pertama JPJ yang meliputi 4 topik, iaitu:

  • Pelesenan e-hailing
  • Penggunaan kenderaan e-hailing
  • Pemeriksaan kenderaan
  • Pendaftaran dan pengenalan kenderaan e-hailing

Taklimat ini adalah penting untuk melancarkan pematuhan industri dan kami mengalu-alukan lebih perbincangan dengan agensi penguatkuasa. 
GRAB menasihati rakan-pemandu untuk menunggu arahan dan berita rasmi dari Grab atau pengawal selia, dan tidak memberi perhatian kepada maklumat palsu yang diedarkan oleh pihak lain.
Sumber : GRAB

477