Lelaki maut dipercayai terjun dari tingkat enam

Mayat lelaki yang ditemui terlentang di bawah bangunan Menara Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), di Sandakan selepas dipercayai terjun daripada tingkat enam. – Foto ihsan Pembaca

SANDAKAN: Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjun dari tingkat enam bangunan menara Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), di sini, semalam.

Mayat mangsa berusia 56 tahun ditemui orang ramai dalam keadaan terlentang di tingkat bawah menara itu pada jam 3.35 petang.

Difahamkan, kejadian disedari orang ramai selepas terdengar dentuman kuat seperti objek berat jatuh ke tingkat bawah, sebelum pemeriksaan lanjut menemui mayat lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin, berkata polis masih menjalankan siasatan mengenai motif kejadian.

“Mayat dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk proses bedah siasat.

“Buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – Berita Harian

233