16 individu ditahan dalam Op Sarang

KOTA KINABALU, 10 Mac – Polis menahan 16 lelaki dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya dan Akta Imigresen dalam Op Sarang, semalam.

Sumber Gambar Facebook Dato’ Mohd Azis Bin Jamman

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata operasi itu dijalankan di Kampung Kandang Ayam, Inanam dan Kampung Cenderamata 2, Likas.

Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati 13 individu terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah manakala tiga lagi berkaitan imigresen. 

“Kesemua yang ditahan itu berumur antara 16 hingga 63 tahun termasuk 12 orang bukan warganegara,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Habibi berkata polis turut merampas dadah jenis syabu seberat 7.73 gram dianggarkan bernilai RM800.

Hadir sama dalam operasi itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga Anggota Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd Azis Jamman.

— BERNAMA

Sumber Gambar Facebook Dato’ Mohd Azis Bin Jamman
Sumber Gambar Facebook Dato’ Mohd Azis Bin Jamman
349