Tiga Cedera Kemalangan Di Beaufort

Keadaan Toyota Land Cruiser dan motosikal JRY4117 ketika kemalangan tersebut. Gambar Ihsan Bomba

BEAUFORT: Tiga orang cedera dalam kemalangan jalan raya di Jalan Melabau Kampung Pilajau, petang Ahad.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) Dua, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort Muhamad Hazijul Abdul Mujun berkata kemalangan tersebut melibatkan tiga buah kenderaan jenis Toyota Land Cruiser, Proton Saga dan motosikal JRY4117.

“Terdapat tiga orang mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

“Dua orang mangsa telah dihantar ke hospital menaiki ambulans dan seorang mangsa dihantar oleh orang awam ke hospital.

“Maklumat mangsa ketiga tidak diperolehi,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sementara itu, Muhamad Hazijul berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan pada pukul 6.28 petang dan menggegaskan seramai lapan orang anggota bersamanya ke lokasi kejadian.

Tambahnya operasi berkenaan ditamatkan sepenuhnya pada pukul 7.33 malam. -SabahNewsToday

Keadaan kereta Proton Saga ketika kemalangan tersebut. Gambar Ihsan Bomba
364