Siren amaran tsunami dan kamera pantai di Tawau, berfungsi dengan baik

Alat amaran awal tsunami dan sistem kamera pantai yang dipasang di perkarangan Masjid Al-Kauthar

TAWAU, 1 Mac – Alat amaran awal tsunami dan sistem kamera pantai yang dipasang di perkarangan Masjid Al-Kauthar di sini berfungsi dengan baik, kata Pegawai Meteorologi dari ibu pejabat Jabatan Meteorologi Malaysia di Petaling Jaya, Sitti Norhaidah Basri.

Katanya, setiap tahun kerja penyelenggaran dan pengujian sistem dilaksanakan bagi memastikan keberkesanan sistem amaran awal itu jika berlaku bencana tsunami.

“Sistem ini dipasang di kawasan berkenaan bagi menyebarkan amaran tsunami kepada penduduk yang tinggal di kawasan persisiran pantai.

Kita sentiasa memastikan peralatan ini berfungsi demi kepentingan masyarakat khususnya di kawasan pantai,” katanya selepas sesi menguji peralatan itu dilaksanakan di sini, hari ini.

Beliau berkata siren amaran itu boleh didengari penduduk yang tinggal antara satu hingga dua kilometer dari peralatan itu dipasang dan ia dikawal sepenuhnya, di ibu pejabat.

“Kami turut membuat pemantauan berkala terhadap siren seperti itu yang dipasang di daerah Semporna (2), satu di Kunak dan tiga di Lahad Datu, katanya.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *