Bot Karam : 5 selamat, 6 dikhuatiri lemas

LIMA selamat, manakala enam lagi dikhuatiri lemas dalam kejadian bot karam di perairan berhampiran Pulau Nunuyan dekat Sandakan, semalam.

Semua mangsa dipercayai warga negara jiran dalam pelayaran dari Pulau Taganak menuju ke bandar Sandakan sebelum bot dinaiki terbalik akibat laut bergelora menyebabkan mereka tercampak kira-kira jam 6 petang, semalam.

Lima mangsa diselamatkan pasukan keselamatan kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Enam lagi yang hilang dipercayai termasuk tekong bot dan seorang bayi.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) akan mengadakan sidang media berkaitan kejadian itu petang ini. – Harian Metro

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selamatkan lima mangsa bot karam di perairan Pulau Nunuyan, Sandakan selepas hanyut 18 jam sejak 6 petang semalam, manakala enam mangsa lagi masih dicari. GAMBAR TLDM
Lima mangsa yang terselamat manakala enam dikhuatiri lemas selepas bot pancung kaaram di perairan Pulau Nunuyan. Foto Ihsan APMM
Lima mangsa yang terselamat manakala enam dikhuatiri lemas selepas bot pancung kaaram di perairan Pulau Nunuyan. Foto Ihsan APMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *