Mohd Shafie hadir mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri di Putrajaya

Tun Dr Mahathir mengambil tempat duduk sambil diperhatikan oleh Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie. Turut kelihatan di gambar pada sebelah kiri adalah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Gambar BorneoToday

KOTA KINABALU, 26 Feb – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-133 di Putrajaya, pagi tadi.

Pejabat Ketua Menteri dalam kenyataan hari ini berkata mesyuarat itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar.

Mesyuarat berkenaan turut disertai beberapa menteri Kabinet termasuk Menteri Kewangan Lim Guan Eng serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking.

Turut hadir Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

— BERNAMA