Bomba selamatkan ikan lumba-lumba

ANGGOTA bomba menjalankan operasi memindah serta mengalihkan ikan lumba-lumba yang tersadai di kawasan perairan berhampiran Pusat Komersil Bha Zhong di Tawau. – Foto IHSAN BOMBA.

TAWAU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau menyelamatkan seekor ikan lumba-lumba dewasa yang ditemui terdampar di pesisir pantai berhampiran pusat komersil Bha Zhong, dekat sini, tengah hari tadi.

Spesies mamalia itu yang dianggarkan sepanjang 1.7 meter ditemui orang awam yang berada di kawasan itu pada kira-kira jam 12 tengah hari.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Sharudy Delamin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.05 tengah hari sebelum sepasukan tujuh anggota bersama sebuah jentera dan van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi.

Katanya, apabila sampai, ikan lumba-lumba itu didapati terperangkap di kawasan air laut yang cetek.

“Anggota bomba dengan kerjasama orang awam kemudian membantu mengalihkan ikan lumba-lumba itu ke kawasan air yang lebih dalam,” katanya ketika dihubungi, di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya masih memantau keadaan bagi memastikan ikan lumba-lumba itu kembali ke laut dalam keadaan selamat.

Bagaimanapun katanya, tidak dapat dipastikan punca sebenar ikan lumba-lumba itu muncul di kawasan terbabit dan ia adalah kes pertama kehadiran spesies berkenaan di daerah ini.

“Operasi pemantauan masih diteruskan sehinggalah ikan lumba-lumba itu benar-benar selamat dan kembali ke kawasan habitat asalnya,” katanya. – Berita Harian

ANGGOTA bomba menjalankan operasi memindah serta mengalihkan ikan lumba-lumba yang tersadai di kawasan perairan berhampiran Pusat Komersil Bha Zhong di Tawau. – Foto IHSAN BOMBA.
ANGGOTA bomba menjalankan operasi memindah serta mengalihkan ikan lumba-lumba yang tersadai di kawasan perairan berhampiran Pusat Komersil Bha Zhong di Tawau. – Foto IHSAN BOMBA.
ANGGOTA bomba menjalankan operasi memindah serta mengalihkan ikan lumba-lumba yang tersadai di kawasan perairan berhampiran Pusat Komersil Bha Zhong di Tawau. – Foto IHSAN BOMBA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *