Polis Tahan 4 Individu Miliki Haiwan Dilindungi Spesis ‘Cicak Tokek’

GAMBAR FACEBOOK PAGES BESTAWAUfm

TAWAU; 23 FEBRUARI 2019 (Sabtu) – Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik(BSJN) IPD Tawau dan Jabatan Hidupan Liar (JHL) Tawau telah berjaya menahan 4 individu kerana memiliki haiwan dilindungi spesis ‘Cicak Tokek’ di sebuah penginapan di Kompleks Fajar, Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata, semasa serbuan dibuat di salah sebuah bilik penginapan tersebut, kesemua suspek terkejut menyedari kehadiran polis dan bertindak melarikan diri namun berjaya ditahan.

Pemeriksaan keatas suspek tidak menjumpai apa-apa barang salah, tiga suspek merupakan warga tempatan manakala seorang warga asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan diri yang sah.

Beliau berkata, Pemeriksaan lanjut di bilik berkenaan telah mendapati beberapa kotak disusun rapi dalam keadaan mencurigakan. Polis menemukan beberapa ekor ‘Cicak Tokek’ atau dengan nama saintifik dikenali ‘Gekko Gecko’ berada dalam sangkar yang berasingan dan berkunci di dalam kotak tersebut.

Haiwan berkenaan merupakan haiwan yang dilindungi oleh JHL kerana spesis tersebut dikenalpasti antara spesis yang terancam dan semakin pupus.

Beliau berkata, Kesalahan memiliki hidupan liar berkenaan boleh didenda dibawah Akta 716, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang memperuntukkan denda 50-ribu ringgit jika sabit kesalahan.

Kesemua suspek telah dibawa balik ke IPD Tawau untuk saringan ujian air kencing, seorang suspek ditahan dibawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana disyaki positif dadah jenis Methamphetamine, manakala 3 suspek negatif.

Katanya, Cicak Tokek yang dirampas itu diserah kepada JHL Tawau untuk tindakan lanjut.

Mengulas lanjut ACP Fadil berkata, orang awam dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan maklumat dan kepercayaan haiwan berkenaan mampu menyembuhkan sebarang penyakit atau mempunyai harga yang tinggi di pasaran, tanggungjawab mengawal kepupusan haiwan terancam di negara ini adalah peranan semua pihak.

Sumber : Facebook Pages #BESTAWAUfm

GAMBAR FACEBOOK PAGES BESTAWAUfm
GAMBAR FACEBOOK PAGES BESTAWAUfm
GAMBAR FACEBOOK PAGES BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *