Wanita dipenggal, dicampak tepi jalan

Mayat Susana Carrera yang ditemui bersama satu nota. – Foto @Cen/Twitter

MEXICO: Isteri seorang usahawan dipenggal kepalanya kerana suaminya enggan membayar wang tebusan empat juta peso (RM817,060).

Mayat Susana Carrera ditemui berbalut plastik sampah di tepi jalan di Coatzacoalcos, dekat Teluk Mexico, seminggu selepas dia diculik di luar rumah rakannya.

Menurut Daily Mail, sekeping nota ditemui bersama mayatnya berbunyi “Inilah yang berlaku kepada saya kerana suami saya tidak mahu membayar wang tebusan”.

Berdasarkan rakaman CCTV, Carrera ke rumah rakan untuk menjemput anaknya apabila dia ditarik seorang lelaki masuk ke dalam kereta.

Suami mangsa mengumumkan kematian Carrera melalui Facebook beberapa jam selepas mayatnya ditemui.

Wanita itu dan suaminya mengusahakan perniagaan aluminium dan perkakasan. – Agensi