Patah kaki bertarung

Sofiane Boukichou melalui detik mengerikan apabila kakinya patah ketika membuat sepakan terhadap lawan dari Britain, Tom Aspinall pada aksi pusingan pertama, Cage Warriors 101. – Foto Daily Mail

LIVERPOOL: Atlet seni mempertahankan diri campuran (MMA), Sofiane Boukichou melalui detik mengerikan apabila kakinya patah ketika bertarung, semalam.

Ketika itu, atlet Perancis terbabit cuba membuat sepakan terhadap lawan dari Britain, Tom Aspinall pada aksi pusingan pertama, Cage Warriors 101.

Jelas kedengaran bunyi tulang kakinya patah sebaik Aspinall menghalang sepakannya, menyebabkan Boukichou meraung kesakitan dan terus terduduk.

Aspinall kemudian menjauhkan diri sebaik mengetahui perlawanan sudah berakhir dengan penonton jelas terkejut dengan raungan Boukichou.

Dia kemudian dibantu pengadil dan terpaksa berehat selama beberapa bulan akibat kecederaan teruk dengan perlawanan hanya berlangsung selama 81 saat daripada tiga pusingan sepatutnya. – Agensi