Sembilan Keluarga Hilang Tempat Tinggal Di Matunggong

Rumah panjang separuh kekal musnah dijilat api dalam kebakaran di Kampung Hobut, Matunggong, Kudat, dekat sini, petang tadi. Gambar Ehsan Bomba

KUDAT: Sembilan keluarga membabitkan 35 penduduk hilang tempat tinggal selepas rumah panjang didiami musnah dalam kebakaran di Kampung Hobut, Matunggong, dekat sini, petang kelmarin.

Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu.

Penolong Penguasa Bomba Balai Bomba Kudat merangkap ketua operasi, Isahak Jabas berkata kemusnahan terdiri daripada satu blok rumah panjang memiliki tujuh pintu.

Beliau berkata rumah panjang berkenaan dibina daripada struktur separuh kekal mengakibatkan api merebak dengan cepat.

“Kita menerima panggilan kecemasan pada jam 5.45 petang dan bergegas ke tempat kejadian dengan melalui jarak 41 kilometer daripada Balai Bomba Kudat.

“Dua buah jentera dan dua utiliti bersama tujuh orang anggota beserta empat orang anggota pasukan bomba sukarela (PBS) diarahkan ke lokasi kejadian untuk operasi pemadaman.


“Setiba di lokasi kebakaran, kita terus melaksanakan operasi pemadaman agar kebakaran tidak merebak ke dan membahayakan kawasan sekitar,” katanya.

Isahak berkata operasi terkawal pada jam 7.16 petang manakala tamat sepenuh 8.29 malam.

Menurut beliau punca sebenar kebakaran dan  nilai kerugian harta benda masih dalam siasatan. -SabahNews Today

Rumah panjang separuh kekal musnah dijilat api dalam kebakaran di Kampung Hobut, Matunggong, Kudat, dekat sini, petang tadi. Gambar Ehsan Bomba
Rumah panjang separuh kekal musnah dijilat api dalam kebakaran di Kampung Hobut, Matunggong, Kudat, dekat sini, petang tadi. Gambar Ehsan Bomba
Rumah panjang separuh kekal musnah dijilat api dalam kebakaran di Kampung Hobut, Matunggong, Kudat, dekat sini, petang tadi. Gambar Ehsan Bomba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *