Lelaki Tidak Berpakaian Hilang Di Bukit Payung

Mangsa dipercayai hilang di kawasan hutan berhampiran. Gambar Ehsan Bomba

TUARAN: Seorang lelaki dilaporkan hilang di kawasan hutan Kampung Aman Bukit Payung, di sini, hari ini.

Mangsa, Mohd Danyal Haneef Chai Abdullah, 40, yang dipercayai kurang siuman dipercayai telah pergi ke hutan terbabit tanpa berpakaian pada awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan berkata, mereka menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 4.37 petang.

Dua buah jentera dengan kekuatan tujuh anggota bersama Unit K9 Bomba kemudian tiba di lokasi yang terletak kira-kira 17 kilometer dari balai bomba tidak lama selepas itu.

Bagaimanapun, sehingga jam 7 malam tadi, mangsa masih gagal ditemui dan operasi kemudian ditangguhkan pada jam 7.19 malam.

Operasi akan disambung semula pagi esok.

656