Polis Berkas Lelaki Warga Asing Miliki Syabu

Lelaki warganegara Indonesia yang ditahan kerana memiliki dadah jenis syabu seberat 31.2 gram ketika Ops Tapis di Kampung Panji, Lahad Datu. – Gambar Facebook BES TAWAUfm

LAHAD DATU, 9 Feb – Polis menahan seorang lelaki warga Indonesia disyaki pengedar dadah dalam satu serbuan Ops Tapis di Kampung Panji di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasir Mansor berkata lelaki berusia 45 tahun itu ditahan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik  bersama 31.20 gram dadah jenis Syabu dalam kejadian 9.15 pagi.

“Suspek bertindak agresif dan cuba melarikan diri sebelum berlaku pergelutan dengan anggota operasi.

“Pemeriksaan ke atas suspek menemukan dua paket lutsinar dipercayai Syabu di dalam poket belakang sebelah kanan seluar jeans dipakai suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Nasri berkata suspek dan barang rampasan kini di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu untuk siasatan di bawah Seksyen 39A(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

— BERNAMA

306