Warga emas hilang ditemui selamat

Anggota bomba berjaya temui semula seorang warga emas, Saidin Tarazim berusia 62 tahun yang dilaporkan hilang di bukit Kampung Kuala Abai, Kota Belud. – Foto Ihsan Bomba

KOTA BELUD: Warga emas berusia 62 tahun yang dilaporkan hilang di bukit Kampung Kuala Abai di sini, ditemui selamat pada jam 5 petang, semalam.

Difahamkan, Saidin Tarazim dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya kira-kira jam 10 pagi semalam ketika pergi bersenam dan dipercayai tidak dapat kembali ke rumah kerana tersesat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Kota Belud, Rozlan Osman, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.32 petang dan enam anggota segera dikejar ke lokasi bersama sebuah jentera.

Katanya, operasi mencari mangsa dijalankan dengan bantuan empat anggota Pasukan Bomba Bantuan, dua anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta beberapa penduduk kampung.

“Pasukan bomba berjaya menemui mangsa pada jam 5 petang tanpa mengalami sebarang kecederaan namun dalam keadaan yang lemah dan letih.

“Mangsa yang ditemui di kaki bukit di kawasan bakau, kemudiannya dipapah ke kawasan lapang di bukit untuk diberi rawatan awal sebelum dipapah semula sehingga ke kawasan jeti di kampung terbabit,” katanya.

Rozlan berkata, mangsa pada awalnya mahu dibawa ke hospital Kota Belud namun mangsa menolak berikutan kecederaan yang dialaminya tidak terlalu serius sebelum diserahkan kepada pihak keluarga.

“Operasi ditamatkan pada jam 5.05 petang,” katanya. – Berita Harian

Anggota bomba berjaya temui semula seorang warga emas, Saidin Tarazim berusia 62 tahun yang dilaporkan hilang di bukit Kampung Kuala Abai, Kota Belud. – Foto Ihsan Bomba
Anggota bomba berjaya temui semula seorang warga emas, Saidin Tarazim berusia 62 tahun yang dilaporkan hilang di bukit Kampung Kuala Abai, Kota Belud. – Foto Ihsan Bomba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *