Seorang Cedera Parah Kemalangan Awal Pagi Di Jalan Tawau-Merotai

Totota hilux yang turut terlibat dalam kemalangan tersebut. Gambar Ehsan Bomba

TAWAU: Seorang lelaki cedera parah manakala dua lagi mengalami cedera ringan dalam kemalangan jalan raya melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 12 Jalan Tawau-Merotai awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata kemalangan tersebut melibatkan kenderaan jenis Toyota Vigo, Proton Exora dan Toyota Avanza.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati Toyota Vigo yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 43 tahun dari arah Merotai menghala ke Bandar Tawau telah tergelincir ke tepi sebelah kiri jalan lalu pemandu tersebut memutarkan stereng ke sebelah kanan tetapi gagal mengawal kenderaan.

“Lalu Toyota Vigo tersebut masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan Toyota Avanza menyebabkan Avanza tersebut tersorong ke bahu jalan dan melanggar Proton Exora tersebut.

“Hasil siasatan awal mendapati punca kemalangan disebabkan keadaan jalan licin selepas hujan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Katanya terdapat lapan orang mangsa terlibat dalam kemalangan tersebut yang mana lima daripadanya tidak mengalami kecederaan.

Sementara itu, jelasnya Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau menerima panggilan kecemasan tersebut pad apukul 5.50 pagi dan menggegaskan anggotanya ke lokasi pada pukul 5.55 pagi.

Sumber -SabahNewsToday
Berita Asal : https://www.sabahnewstoday.com/seorang-cedera-parah-kemalangan-awal-pagi-di-jalan-tawau-merotai/

Totota Avanza yang turut terlibat dalam kemalangan tersebut. Gambar Ehsan Bomba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *