Jumlah mangsa banjir di Kota Marudu berkurang

Pusat pemindahan sementara (PPS) di Kota Marudu

KOTA KINABALU, 28 Jan – Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kota Marudu berkurangan kepada 1,998 orang daripada 493 keluarga setakat 8 pagi ini.

Pusat Gerakan Operasi Bomba dalam kenyataan di sini hari ini berkata jumlah mangsa telah menurun berbanding semalam iaitu seramai 2,757 orang daripada 789 keluarga.

“Kesemua mangsa banjir ditempatkan di sembilan PPS berbanding 12 PPS yang dibuka sejak 25 Jan lalu,” kata kenyataan itu.

Sementara di daerah kecil Paitan, jumlah mangsa telah meningkat kepada 104 orang daripada 25 keluarga di tiga PPS.

Semalam, jumlah mangsa di Paitan hanya 83 orang daripada 22 keluarga di dua PPS manakala di Pitas jumlah mangsa kekal iaitu seramai 27 orang daripada lapan keluarga di dua PPS.

— BERNAMA

Pusat pemindahan sementara (PPS) di Kota Marudu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *