13 ditahan serbuan di pusat hiburan

Antara individu yang diperiksa polis dalam Ops Noda di premis hiburan di Kota Kinabalu awal pagi tadi. – FOTO Ihsan Polis

KOTA KINABALU : Polis menyerbu sebuah premis hiburan kerana didapati beroperasi lebih masa dan menahan 13 individu dalam Ops Pusat Hiburan, Noda dan Cantas di Kota Kinabalu, awal pagi tadi.

Serbuan pada jam 3.15 pagi itu dijalankan sepasukan polis dari Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, ketika serbuan dilakukan, muzik dari sebuah bilik di dalam premis itu masih dimainkan dengan kuat dan terdapat pengunjung sedang berhibur.

“Ketika itu, terdapat 50 individu diperiksa dan 33 adalah lelaki manakala 17 wanita. Seramai 25 orang dijalankan saringan air kencing.

“Hasil ujian didapati seramai 12 orang termasuk empat wanita berusia 21 hingga 30 tahun positif dadah dan mereka ditahan,” katanya hari ini.

Habibi berkata, polis turut menahan penjaga premis lelaki berusia 42 tahun kerana beroperasi melebihi masa yang ditetapkan.

“Peralatan muzik turut dirampas dan tangkapan serta rampasan dibawa ke IPD Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 4 Ordinan Hiburan Awam 1958 kerana beroperasi lebih masa,” katanya. – Harian Metro

Antara individu yang diperiksa polis dalam Ops Noda di premis hiburan di Kota Kinabalu awal pagi tadi. – FOTO Ihsan Polis
Antara individu yang diperiksa polis dalam Ops Noda di premis hiburan di Kota Kinabalu awal pagi tadi. – FOTO Ihsan Polis
Antara individu yang diperiksa polis dalam Ops Noda di premis hiburan di Kota Kinabalu awal pagi tadi. – FOTO Ihsan Polis
Antara individu yang diperiksa polis dalam Ops Noda di premis hiburan di Kota Kinabalu awal pagi tadi. – FOTO Ihsan Polis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *