SUV putih dinaikkan

Keaderaan Mazda CX-5 putih yang terhumban ke dalam laut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 4 Jamatan Pulau Pinang, Ahad lalu berjaya dinaikkan, hari ini.

Georgetown : Selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat (SAR), kenderaan utitiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 putih yang terbenam dalam laut di tiang 34 Jambatan Pulau Pinang berjaya dinaikkan, hari ini.

Kenderaan terbabit dinaikkan jam 5.50 petang dan turut kelihatan mayat mangsa Moey Yun Peng, 20, masih berada di tempat duduk pemandu.

Ia berjaya dinaikkan selepas percubaan kali kedua apabila percubaan pertama jam 5 petang gagal selepas tali tercabut dari cangkuk kren berkenaan.

Bagaimanapun, usaha gigih pasukan penyelam yang menyambung kembali tali kira-kira 30 minit kemudian membolehkan ia ditarik kren.

Orang ramai yang berada di atas jambatan turut bersorak gembira sejurus melihat Mazda CX-5 itu dinaikkan.

Mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat. – Harian Metro

663