PPM Tawau gagalkan cubaan seludup 24 tong LPG ke negara jiran

SUSPEK diberkas selepas dikesan membawa muatan 16 tong LPG tanpa dokumen kebenaran membawa muatan terbabit daripada kementerian berkaitan.

TAWAU – Penyeludupan barang kawalan dikesan oleh Pasukan Polis Marin Tawau dalam satu operasi Op Landai dengan berpandukan maklumat oleh Unit Risikan Marin (URM). Kumpulan serbuan telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan jenis van jenama Ford dan sebuah lagi jenama Nissan yang diletakkan di kawasan tempat letak kereta Pasar Ikan Tawau pada jam 5.00 dan 9.00 pagi tadi.

ACP Hj Mohamad Pajeri Bin Ali, Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah berkata dalam satu kenyataan, ”Pasukan kami telah membuat serbuan ke atas kedua-dua kenderaan tersebut. Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat 16 unit tong gas (16.5kg) jenama Petronas berada di dalam ruang belakang van Ford tersebut sementara terdapat 8 unit tong gas jenama Petronas dan Mygaz di dalam van Nissan.

Pemilik kenderaan iaitu lelaki berumur 49 dan 31 tahun telah gagal menunjukkan surat Pembelian Barang Kawalan Berjadual dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkaitan barang yang dibawa.

Tambahnya lagi, keterangan lisan dari pemilik kedua-dua kenderaan tersebut menyatakan tong-tong gas tersebut akan dihantar ke negara jiran (Indonesia) melalui jalan laut. Pemilik kedua-dua kenderaan serta muatan ditangkap/ditahan dan telah dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Tawau untuk tindakan lanjut.

Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM27,600.00. Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1967. – Pasukan Polis Marin W4 Sabah 

SUSPEK diberkas selepas dikesan membawa muatan 16 tong LPG tanpa dokumen kebenaran membawa muatan terbabit daripada kementerian berkaitan.

SUSPEK diberkas selepas dikesan membawa muatan 8 tong LPG tanpa dokumen kebenaran membawa muatan terbabit daripada kementerian berkaitan.

371