Bunuh anak, nakkan emak

Petikan daripada rakaman CCTV menunjukkan suspek membawa mangsa sebelum dibunuh di kawasan hutan. – Foto Agensi

NEW DELHI: Seorang lelaki menculik dan membunuh anak wanita yang ingin dikahwininya kerana menganggap budak berusia tujuh tahun itu penghalang hasratnya.

Dalam kejadian di Ganjam, Odisha, timur India, suspek dikenal pasti sebagai Debashis Panda mengenali ibu mangsa setahun lalu di Facebook dan mula jatuh hati pada wanita itu yang hanya dikenali sebagai Nirupama, lapor Hindustan Times.

Jurucakap polis, Bishnu Pati berkata: “Dia sering pergi ke rumah Nirupama dan memperkenalkan Panda sebagai seorang abang kepada semua orang.

“Sebaliknya, Panda menaruh hati kepadanya dan melamarnya, namun wanita itu enggan. Disebabkan itu, Panda menganggap anak lelaki Nirupama sebagai penghalang ‘cinta’ mereka kerana sering berada bersama wanita itu.

“Disebabkan itu, dia memutuskan membunuh kanak-kanak berkenaan.”

Pada 12 Januari lalu, seminggu selepas ulang tahun kelahiran ketujuh kanak-kanak itu, Panda mengambilnya dari rumah kononnya untuk dibawa ke sekolah. Sebaliknya, dia membawa kanak-kanak itu ke kawasan hutan sebelum membelasahnya menggunakan batu dan melarikan diri ke rumah rakannya di Sambalpur, lapor Kalinga TV. – Agensi

231