Empat Rumah Musnah Terbakar Di Padas Valley

Keadaan ketika rumah tersebut terbakar. – Gambar Media Sosial

BEAUFORT: Sebanyak empat buah rumah musnah terbakar di Padas Valley lewat petang kelmarin.

Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort Hasbullah Nenggok berkata kebakaran tersebut melibatkan rumah jenis tidak kekal iaitu dua buah rumah berukuran 20×30 dan dua lagi berkeluasan 20×40 kaki persegi.

“Setibanya di tempat kejadian pasukan bomba berusaha memastikan api padam sepenuhnya dan kawasan diisytihar selamat.

“Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Sementara itu, katanya BBP Beaufort menerima panggilan kecemasan berkenaan oada pukul 7.59 malam dan menggegaskan seramai sembilan orang anggota bersamanya ke lokasi kejadian.

Keadaan ketika rumah tersebut terbakar. – Gambar Media Sosial
Keadaan rumah tersebut selepas terbakar pagi ini. – Gambar Media Sosial
Keadaan rumah tersebut selepas terbakar pagi ini. – Gambar Media Sosial
289