Percepatkan Lantikan Ketua Anak Negeri Dan Ketua Kampung

KOTA KINABALU: Perlantikan Ketua Anak Negeri (KAN) dan Ketua Kampung perlu diselesaikan secepat mungkin.

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata beliau telah menerima banyak aduan mengenai kelewatan tersebut termasuklah pelantikan Mahkamah Anak Negeri (MAN).

“Ia menjejaskan kesejahteraan rakyat terutamanya dalam urusan hal-hal seperti perkahwinan, menandatangani dokumen pelajar, anak dan hal-hal berkenaan kekeluargaan.

“Setengah tahun sudah berlalu sejak kerajaan bertukar tangan tetapi banyak pegawai kerajaan seperti tidak menjalankan tugas sepenuhnya.

“Apa yang menjadi masalah dalam melantik MAN atau KAN?” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Tambahnya ia adalah prosidur yang mudah sama ada kerajaan memilih atau memberikan kepercayaan kepada rakyat untuk memilih.

Katanya sekiranya terlalu banyak melibatkan politik dalam isu berkenaan, kerajaan hanya perlu mengarahkan Pegawai Daerah mahupun unit atau jabatan yang berkaitan untuk mengadakan pemilihan Ketua-ketua Kampung dan melantik KAN. -SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *