Dua kebakaran dalam tempoh enam jam di Tawau

TAWAU, 2 Jan – Dalam tempoh enam jam, dua kebakaran berlaku di daerah ini memusnahkan dua rumah setinggan di Kampung Sri Aman dan bahagian dapur sebuah rumah di Kuhara Court.

Ketua Bomba dan Penyelamat Tawau Sharudy Delamin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.49 malam mengenai kebakaran di kawasan setinggan, Kampung Sri Aman dan menghantar empat jentera bersama 17 anggota.

Katanya kebakaran di kawasan itu memusnahkan dua rumah setinggan atas air dan anggota bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah berhampiran.

Menurutnya operasi memadam api terkawal pada jam 10.13 malam dan tamat sepenuhnya pada 11.19 malam serta tiada laporan kecederaan.

Sharudy berkata ???????pada jam 5.24 pagi, pasukan bomba menerima satu lagi panggilan daripada orang awam mengenai kebakaran di bahagian dapur, sebuah rumah di tingkat 2, Kuhara Court, Jalan Kuhara.

Katanya pihak bomba berjaya mengeluarkan seorang lelaki berusia 53 tahun, yang merupakan penyewa di rumah berkenaan.

Sharudy berkata mangsa tidak sedar ketika kejadian kebakaran itu, kerana sedang tidur.

 Menurutnya anggota bomba dapat mengawal api daripada merebak pada jam 5.56 pagi dan operasi tamat pada jam 6.31 pagi. 

-BERNAMA

177