PPM Tawau rampas barang kawalan bernilai RM16,606.40

Foto Facebook Pasukan Polis MArin

TAWAU, 28 Disember 2018 (Jumaat) – Bertempat di kawasan laut Haji Kuning Tawau , semasa botronda PGR 2 Pasukan Polis Marin Tawau menjalankan tugas Op Gelora Khas diketuai oleh Sjn Samburani bin Budjali telah menahan dan memeriksa sebuah botlaju berwarna putih merah menggunakan injin Yamaha 40 Hp yang dikendalikan oleh seorang lelaki tempatan berumur 32 tahun pada jam 5.30 petang kelmarin.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Acp Hj Mohamad Pajeri Bin Ali berkata, ‘Hasil pemeriksaan lanjut ke atas bot tersebut telah menemui sebanyak tiga tong gas Petronas 14 kg, minyak masak jenama cap ros 51 kg dan minyak masak jenama cap tiga udang 17 kg. Juragan gagal menunjukkan sebarang dokumen atau surat pengesahan daripada pihak KPDNKK untuk membawa barang kawalan tersebut. Nilai rampasan termasuk bot dan injin dianggarkan berjumlah RM16,606.40. Tangkapan dan rampasan diiring ke pangkalan Pasukan Polis Marin Tawau untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Per. 3(1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974. – Pasukan Polis Marin

Foto Facebook Pasukan Polis MArin
Foto Facebook Pasukan Polis MArin
233