Rumah Dan Kereta Musnah Dijilat Api Dalam Satu Kebakaran Di Putatan

PUTATAN: Sebuah rumah musnah dijilat api dalam satu kejadian berhampiran masjid Jalan Surau kampung Ketiau hari ini.

Anggota Bomba cuba mengawal api dalam kebakaran tersebut. Gambar Ehsan Bomba

Pegawai Bomba Kanan (PBK) Dua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang Zainuddin Saidi berkata ketika insiden tersebut, sebuah kenderaan jenis Proton Wira turut terbakar.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal berukuran 40×40 kaki persegi dan Proton Wira yang terbakar 100%.

“Namun, tiada kecederaan dan kematian dilaporkan terlibat dalam kebakaran tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Sementara itu, Zainuddin berkata Pusat Gerakan Operasi Sabah terima panggilan kecemasan pada pukul 8.24 malam.

“Seterusnya BBP Penampang dan BBP Kota Kinabalu respon ke tempat kejadian bersama 19 orang anggota.

“Operasi terkawal pada pukul 9.10 malam dan tamat sepenuhnya pada pukul 10.12 malam,” jelasnya. -SabahNewsToday

Anggota Bomba cuba mengawal api dalam kebakaran tersebut. Gambar Ehsan Bomba
Rumah dan kereta musnah dijilat api dalam kebakaran di Putatan hari ini. Gambar Ehsan Bomba

125