Pelajar Sekolah Positif Dadah Antara 29 Individu Ditahan Di Sebuah Pusat Hiburan Di Lahad Datu

Sumber Foto : Facebook Pages BESTawaufm

LAHAD DATU; 25 DISEMBER 2018 (Selasa) – Lima orang termasuk pelajar sekolah berumur 16 tahun yang didapati positif dadah ditahan dalam satu Operasi Bersepadu di sebuah Pusat Hiburan Hari Natal dekat I-Peak, Lahad Datu, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor dalam kenyataan berkata dalam serbuan pukul 1.30 pagi itu, kesemua tiga lelaki dan dua perempuan itu ditahan dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Beliau berkata, sementara itu 24 lagi individu turut ditahan dibawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.

Menurut ACP Nasri, Seramai 54 individu berumur 16 hingga 35 tahun yang diperiksa namun hanya 29 ditahan atas kesalahan penyalahgunaan dadah dan dokumen pengenalan diri.

Operasi yang berakhir pukul 4 pagi itu disertai 25 anggota polis termasuk pegawai yang diketuai oleh ACP Nasri.

Sumber Facebook Pages #BESTAWAUfm

Sumber Foto : Facebook Pages BESTawaufm
Sumber Foto : Facebook Pages BESTawaufm
Sumber Foto : Facebook Pages BESTawaufm
Sumber Foto : Facebook Pages BESTawaufm
108