33 individu ditahan dalam Ops Sarang

PAPAR: 33 individu pelbagai latarbelakang ditahan dalam Ops Sarang yang dijalankan secara bersepadu antara pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar dengan kerjasama Pasukan Polis Marin (PPM) Sabah.

33 individu ditahan dalam Ops Sarang

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Umpit berkata operasi bermula tengah malam Jumaat dan berakhir pagi Sabtu dilaksanakan keseluruhan 69 anggota polis.

“Kita berjaya menahan 21 individu termasuk warga tempatan dan warga asing berumur 22 hingga 45 tahun bagi kesalahan penyalahgunaan dadah.

“Turut dirampas 10.02 gram syabu daripada beberapa suspek yang ditahan,” katanya.

Menurutnya kesemua suspek positif dadah disiasat mengikut Seksyen 39A(2), 39A(1), 12(2), 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Batholomew berkata selebih 16 individu lagi ditahan selepas gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri sah dan disiasat mengikut Seksyen 6(c) Akta Imigresen 1959.

Katanya operasi ini adalah salah satu inisiatif dalam pencegahan jenayah serta membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah di daerah ini. – Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *