Peruntukan RM1.3 Juta Untuk TYT Menunaikan Fardhu Haji Bukan Isu

KOTA KINABALU: Isu peruntukan sejumlah RM1.3 juta kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin ketika beliau menunaikan fardhu Haji baru-baru ini tidak patut dipersoalkan.

Katanya ia bukanlah satu corak penyalahgunaan atau penyelewengan wang dalam bidang kuasa yang ada.

Ketika diminta mengulas berkenaan kenyataan Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Joniston Bangkuai berkenaan isu tersebut, Mohd Shafie berkata mereka sepatutnya bertanyakan Menteri Pembangunan Infrastruktur terdahulu berkenaan wang sejumlah RM100 juta lebih yang dijumpai di Jabatan Air Sabah.

“Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dahulu adalah Menteri Pembangunan Infrastruktur, tapi kenapa hak seseorang untuk naik Haji dipersoalkan.

“Saya nak tanya duit kira-kira RM100 juta lebih di Jabatan Air, Pairin buat apa? Dia Menteri Pembangunan Infrastruktur ketika itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima borang keahlian Parti Warisan Sabah (Warisan) dari Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) pada Rabu. -SabahNewsToday

130