Polis Berkas Lelaki Didakwa Cabul Cucu Berusia 13 Tahun

KOTA KINABALU: Polis menahan seorang lelaki berusia 41 tahun kerana didakwa mencabul kehormatan cucu perempuannya yang berusia 13 tahun di sebuah rumah di Taman Bukit Setia, Jalan Sepanggar, di sini, Ahad lepas.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata mangsa dibantu oleh jiran untuk menghubungi pihak polis dan menyatakan dirinya telah dicabul oleh datuknya.

OCPD Kota Kinabalu, ACP Habibi Majinji. Gambar Fail SNT

“Difahamkan kejadian berlaku pada awal pagi hari yang sama semasa mangsa sedang tidur bersama adik lelakinya berumur tiga tahun dirumah mereka.

“Ibu bapa mangsa tidak berada dirumah ketika suspek melakukan perbuatan terkutuk itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Habibi, suspek berjaya diberkas anggota polis dari Balai Polis Manggatal sejam selepas kejadian dilaporkan.

“Suspek telah direman untuk membantu siasatan dan kes disiasat dibawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya. -SabahNewsToday


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *