Banjir: Beberapa kawasan di daerah Kudat, Sabah terjejas

KOTA KINABALU, 10 Dis – Beberapa kawasan di daerah Kudat, kira-kira 190 kilometer dari sini, dilandar banjir akibat hujan berterusan sejak tengah hari tadi.

Foto Ihsan Pembaca

Menurut kenyataan Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, antara kawasan terjejas banjir ialah Kampung Tanjong Kapur, Kampung Pengaraban, Kampung Tajau Bak Bak, Kampung Perpaduan, jalan ke Kampung Suang Pai, jalan utama menuju Kota Kinabalu dan jalan menuju Tanjung Simpang Mengayau.

Akibat banjir berkenaan, jalan utama menuju Kota Kinabalu tidak dapat dilalui semua jenis kenderaan manakala jalan ke Tanjung Simpang Mengayau tidak dapat dilalui kenderaan kecil, menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun setakat ini belum ada pusat pemindahan banjir dibuka manakala semua pihak jawatankuasa bencana daerah seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat dan pejabat daerah terus memantau lokasi yang mudah dilanda banjir.

– BERNAMA

Antara kawasan yang terjejas banjir di Kudat.
Antara kawasan yang terjejas banjir di Kudat. 
291