8 Laluan MASwings di Sabah & Sarawak Tamat Operasi Bermula 1 Januari 2019

MASwings akan menamatkan operasinya di lapan laluan domestik di Sabah dan Sarawak berkuatkuasa 1 Januari 2019.

Lapan laluan itu adalah:
-Kota Kinabalu-Sandakan-Kota Kinabalu
-Kota Kinabalu-Tawau-Kota Kinabalu
-Kota Kinabalu-Miri-Kota Kinabalu
-Kota Kinabalu-Sibu-Kota Kinabalu
-Kota Kinabalu-Bintulu-Kota Kinabalu -Kuching-Sibu-Kuching -Kuching-Bintulu-Kuching -Kuching-Miri-Kuching.

Penumpang yang ada menempah tiket untuk lapan laluan itu sudah dimaklumkan dan diberi pilihan untuk menukar perjalanan mereka ke tarikh yang lebih awal.

Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi pusat panggilan Malaysia Airlines di talian 1300 88 3000 dan +6 03 7843 3000 bagi luar Malaysia atau ke kaunter tiket MASwings atau Malaysia Airlines.

188