Mayat Wanita Ditemui Terapung

Mayat sedang diusung naik ke tebing sungai.

TENOM: Mayat seorang wanita dalam keadaan mereput ditemui terapung di sungai Kampung Pulong Tenom pagi tadi.

Pegawai Bomba Kanan (PBK) Dua Awang Adani Damit berkata pihaknya melakukan operasi membantu menaikkan mangsa wanita berkenaan ke darat.

“Pasukan Bomba bertindak menaikkan mangsa ke tebing sungai dengan menggunakan tali menyelamat dan Junkin Strecher.

“Seterusnya, mangsa diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan operasi membantu menaikkan mangsa ke darat di sini pada Rabu.

Pasukan Bomba bertindak menaikkan mangsa ke tebing sungai dengan menggunakn tali menyelamat dan Junkin Strecher.

“Seterusnya, mangsa diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.

“Maklumat mangsa masih belum diperolehi,” katanya dalam satu kenyataan operasi membantu menaikkan mangsa ke darat di sini pada Rabu.

Tambahnya Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom menerima panggilan berkenaan kes tersebut pada pukul 8 pagi dan menggegaskan anggota ke lokasi.

Jelasnya operasi ditamatkan pada pukul 9 pagi.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Tenom Asistan Superintenden Ahmad Razali Shaari berkata pihaknya mendapat panggilan telefon dari orang awam pada pukul 7 pagi tadi mengatakan terdapat mayat tersangkut di tiang pam air Melalap.

Tambahnya maklumat awal daripada hasil siasatan mendapati mayat tersebut tersangkut di tiang pam air milik Sime Darby di Sungai Pagalan Tenom.

“Keadaan mayat adalah tidak berpakaian dan telah reput separuh badan.

“Identiti mayat belum dikenal pasti kerana tiada sebarang dokumen tetapi tanda pengenalan hanya ada tatu di kedua belah kaki dan tangan mayat.

“Mangsa dianggarkan berumur lingkungan 20 hingga 30-an,” katanya ketika dihubung Sabah News Today.

Katanya setakat ini, tiada sebarang laporan kehilangan individu bagi daerah Tenom.

Menurutnya mayat telah dikeluarkan dari sungai dengan bantuan pihak Bomba dan dibawa ke hospital Tenom untuk bedah siasat serta siasatan lanjut.

“Laporan lengkap akan menyusul kemudian,” jelasnya.

Ahmad Razali menegaskan kepada sesiapa kehilangan ahli keluarga perempuan sama ada dari Tenom atau Keningau diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom. -SabahNewsToday

Mayat sedang diusung naik ke tebing sungai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *