Remaja warga asing maut, motosikal ditunggang bertembung kereta

SEKADAR GAMBAR HIASAN

KENINGAU, 24 Nov – Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna Perodua Alza di Jalan Sook-Tulid berhampiran Kampung Nandagan, dekat sini pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Keningau ASP Lee Nyuk Kim berkata remaja yang dipercayai warga Filipina berusia 16 tahun tersebut meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di bahagian kepala.

“Kejadian berlaku kira-kira 7.30 pagi tadi di kawasan selekoh dan mangsa dipercayai kemalangan selepas memotong sebuah motosikal lain,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya siasatan awal polis mendapati mangsa menunggang tanpa memakai topi keledar serta tidak mempunyai lesen memandu.

Katanya mayat mangsa dibawa ke Hospital Keningau untuk bedah siasat dan kes disiasat menurut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

– BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *