KOTA MARUDU: Lima penumpang maut dan 12 cedera, apabila sebuah bas persiaran terbabas di Jalan Marak Parak, Kampung Surun-surun di sini, petang tadi.
Dalam nahas kira-kira jam 5 petang itu, bas berkenaan yang disewa oleh pihak Politeknik Sandakan, dipercayai hilang kawalan ketika menuruni bukit sebelum terbabas dan merempuh penghadang kiri jalan raya.
Katanya, setakat ini pihaknya masih berusaha mengumpul maklumat jumlah penumpang berikutan lokasi kemalangan yang tidak mempunyai isyarat telefon.
“Sejurus tiba di lokasi kejadian, bas dipandu seorang lelaki dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh penghadang kiri jalan, menyebabkannya terbalik.”
“Akibat rempuhan kuat itu, lima penumpang disahkan meninggal dunia di hospital Lotong, Kota Marudu,” katanya dihubungi.
Menurutnya, berdasarkan maklumat setakat ini, penumpang adalah kakitangan dan ahli keluarga Politeknik Sandakan.
“Butiran siasatan sedang dikemas kini manakala polis masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, setakat jam 7 malam ini identiti semua mangsa yang maut belum dikenal pasti. – Berita Harian