Bekas Pengarah RTM Sabah Meninggal Dunia

Allahyarham Datuk Jumat Engson

KOTA KINABALU: Bekas Pengarah RTM Sabah Datuk Jumat Alias Engson, 65 tahun meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (QEH) Dua di sini kira-kira pukul 3.45 petang tadi.

Perkara itu disahkan isteri Allahyarham, Datin Rita Kisil.

Allahyarham mula dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth Dua akibat Pneumonia sejak seminggu lalu sebelum menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga dan sahabat handai petang tadi

Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Bandaraya Likas untuk dimandikan dan disembahyangkan sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Likas untuk urusan pengebumian.

Allahyarham yang meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak berkhidmat dengan RTM Sabah sejak 1974 sebagai pemberita sebelum dinaikkan pangkat sebagai Penyunting Berita Kanan dan Pengawal Berita Ehwal Semasa pada tahun 1988.

Pada tahun 1997, beliau dilantik sebagai Pengarah Jabatan Penyiaran Sabah selama 12 tahun sebelum berpindah ke Bahagian Program Radio RTM di Angkasapuri sebagai Pengarah pada tahun 2009.

Jawatan terakhir beliau sebelum bersara pada tahun 2011 ialah Pengarah Berita Ehwal Semasa RTM.-SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *