Bapa mangsa Lion Air saman Boeing

Antara barang mangsa nahas pesawat Lion Air – Foto Media Social

CHICAGO: Bapa mangsa pesawat Lion Air yang terhempas di Jakarta, baru-baru ini, mengemukakan saman terhadap Boeing Co, atas dakwaan masalah reka bentuk pesawat 737 MAX 8, sebagai punca nahas berkenaan.

Dr Rio Nanda Pratama adalah antara 189 penumpang dan anak kapal yang maut selepas pesawat yang dinaiki terhempas kira-kira 13 minit berlepas dari Jakarta pada 29 Oktober lalu.

Ketika kejadian, Dr Pratama sedang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri satu persidangan.

Menurut peguam, Curtis Miner dari Colson Hicks Eidson yang berpangkalan di Florida, iaitu firma guaman yang mewakili bapa mangsa, Dr Pratama dijadualkan berkahwin dengan pasangannya, minggu ini.

Dalam tuntutan mahkamah yang difailkan di mahkamah di Illinois, bapa mangsa mendakwa Boeing tidak memberi amaran secukupnya kepada Lion Air atau juruterbang mengenai keadaan reka bentuk pesawat itu.

IIIinois adalah lokasi terletaknya ibu pejabat Boeing.

Sementara itu, pasukan penyiasat Indonesia dijangka mengeluarkan laporan awal siasatan insiden itu pada akhir bulan ini. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *