Runner Syabu “Kantoi”

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Mohd Haris Ibrahim (tengah) menunjukkan paket dadah jenis syabu yang disembunyikan adalam paket makanan pada sidang media di IPD Penampang, pagi tadi. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

PENAMPANG: Seorang lelaki warga asing dipercayai menjadi ‘runner’ bekalan dadah sekitar Penampang dan Kota Kinabalu tumpas dalam serbuan di Bundusan, baru-baru ini.

Hasil daripada risikan polis, suspek yang berusia lingkungan 20an ditahan pada jam 1 petang, Isnin lalu bersama dengan dadah yang disembunyikan dalam plastik paket makanan.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek warga Filipina terbabit menjadi ‘runner’ atau penghantar bekalan dadah khusus di daerah Penampang sejak setahun yang lalu.

“Hasil risikan polis kita telah menumpaskan pergerakan seorang runner warga asing yang dipercayai aktif melakukan penghantaran bekalan dadah di sekitar Penampang.

“Selain Penampang, suspek turut menghantar bekalan dadah di Kota Kinabalu berdasarkan permintaan. Tangkapan terhadap suspek menemukan sepaket syabu seberat 50.5 gram yang dibungkus dalam plastik paket makanan dan dianggarkan bernilai lebih RM7,000 serta dipercayai sedia untuk dihantar kepada pembeli,” katanya ketika sidang media di IPD Penampang, pagi tadi.

Tambah Haris, pemeriksaan lanjut terhadap suspek mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini.

“Ujian air kencing juga mendapati suspek negatif dadah,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber -SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *