Bayi Dua Tahun Antara Tiga Orang Cedera Parah Kemalangan

Pasukan Bomba berusaha membersihkan kawasan jalan raya daripada segala bahaya. Gambar Ehsan Bomba

SEMPORNA; 31 OKTOBER 2018 (Rabu) – Tiga dari lima mangsa terlibat kemalangan jalanraya di KM 35 Jalan Semporna – Tawau mengalami cedera parah yang membabitkan sebuah pacuan empat roda Isuzu jenis Dmax dan Proton jenis Exora, pagi tadi.

Mangsa cedera parah merupakan seorang lelaki 26 tahun, seorang wanita 45 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun. Manakala dua lagi magsa lain mengalami cedera ringan.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Sabah menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 10.28 pagi dan Balai Bomba Penyelamat Semporna dengan kekuatan tujuh anggota dan pegawai diketuai PBK II Rosman Gari telah tiba di lokasi kejadian dengan sebuah jentera dan EMRS kira-kira pukul 11.09 pagi.

Kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Tawau bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Sumber : Facebook BESTAWAUfm

Pasukan Bomba berusaha membersihkan kawasan jalan raya daripada segala bahaya. Gambar Ehsan Bomba

86