Wujudkan Politeknik di Kalabakan – MP

Ma’mun Sulaiman Berucap Di Majlis Graduasi Kolej Tingkatan 6 Tawau Kali Ke-2 2018 bertempat di Dewan Sri Tawau Haru Ini. Foto Facebook Ma’mun Sulaiman

TAWAU, 13 Okt – Anggota Parlimen Kalabakan Ma’mun Sulaiman berharap kerajaan pusat mewujudkan Politeknik di kawasan Parlimen itu bagi memenuhi keperluan belia mengikuti bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Beliau berkata ia selari dengan hasrat kerajaan negeri dan Kementerian Pendidikan pusat yang mahu meningkatkan pengeluaran tenaga mahir dalam bidang itu.

“Sekarang kerajaan sedang memfokus kepada TVET…sudah sampai masanya kita minta satu politeknik di kawasan Kalabakan untuk memenuhi keperluan belia di sini. Setakat ini di Kalabakan  tiada pusat kemahiran atau institusi pengajian tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Graduasi Kolej Tingkatan Enam Tawau di Dewan Sri Tawau di sini, hari ini.

Dalam ucapannya pada majlis itu, Ma’mun menasihatkan pelajar agar mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat apabila mereka memasuki pasaran kerja kelak, untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan.

– BERNAMA

Foto Facebook Ma’mun Sulaiman

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *