“PESAWAT BOEING 737-800 TERHEMPAS DI HUJUNG LANDASAN KKIA”

Kepulan asap dan api marak selepas pesawat jenis Boeing 737-800 milik Romeo Airlines ‘terhempas’ beberapa saat sewaktu berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu ketika Latih Amal Bencana Udara 2018 dijalankan Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Empat orang terkorban manakala 63 masih hilang apabila sebuah pesawat Boeing 737-800 milik Romeo Airlines tersasar ketika berlepas dan terhempas di hujung landasan berhampiran muara Sungai Petagas di sini hari ini.

Pesawat yang sedang berlepas menuju Kuala Lumpur membawa 144 penumpang bersama enam anak kapal sebelum terhempas lebih kurang jam 12.24 tengahari.

Setakat jam 2 petang tadi, 87 mangsa telah ditemukan.

Anggota penyelamat AFRS membawa mangsa yang cedera selepas sebuah pesawat jenis Boeing 737-800 milik Romeo Airlines ‘terhempas’ beberapa saat sewaktu berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu ketika Latih Amal Bencana Udara 2018 dijalankan Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Itu adalah senario latihan berskala penuh yang melibatkan seramai 800 anggota dari 15 agensi berkaitan seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Antara jenis kecederaan yang dialami mangsa selepas sebuah pesawat jenis Boeing 737-800 milik Romeo Airlines ‘terhempas’ beberapa saat sewaktu berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu ketika Latih Amal Bencana Udara 2018 dijalankan Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Bermula pada jam 11.30 pagi, latihan oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) adalah untuk menguji keberkesanan Prosedur Kecemasan Lapangan Terbang (AEP) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu Lumpur (KKIA), di sini hari ini.

Pasukan Bomba dan Penyelamat membawa mangsa yang cedera selepas sebuah pesawat jenis Boeing 737-800 milik Romeo Airlines ‘terhempas’ beberapa saat sewaktu berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu ketika Latih Amal Bencana Udara 2018 dijalankan Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Latihan itu juga bagi mematuhi keperluan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) supaya semua lapangan terbang antarabangsa mengadakan latihan berskala penuh setiap dua tahun, kata pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Raja Azmi Raja Nazuddin.

“Ia juga sebahagian daripada inisiatif berjadual yang diadakan untuk memastikan kesiap siagaan rangkaian lapangan terbang sekiranya berlaku bencana udara dan meningkatkan komunikasi antara semua agensi yang terlibat,” kataya dalam satu kenyataan media yang diedarkan semasa latihan itu di sini hari ini.

Jentera Rosenbauer Panther CA-5 milik AFRS Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu melakukan semburan buih bagi memadamkan kebakaran selepas pesawat jenis Boeing 737-800 milik Romeo Airlines ‘terhempas’ beberapa saat sewaktu berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu ketika Latih Amal Bencana Udara 2018 dijalankan Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

AEP merangkumi pelan kontigensi untuk memenuhi tindakan penyelarasan yang diambil oleh semua agensi terlibat dalam respons kepada kecemasan di lapangan terbang.

Sementara itu, Pengurus Kanan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) KKIA, Sunif Naiman berkata perjalanan pelaksanaan latihan itu berjalan lancar mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Pasukan perubatan sedia melakukan operasi menyelamat mangsa selepas sebuah pesawat jenis Boeing 737-800 milik Romeo Airlines ‘terhempas’ beberapa saat sewaktu berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu ketika Latih Amal Bencana Udara 2018 dijalankan Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Kita sedia maklum bahawa kita tidak boleh buat 100 peratus terbaik, namun kita akan cuba memperbaiki apa sahaja kelamahan yang kita lihat dalam latihan hari ini.

Anggota bomba dari AFRS Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu memadamkan kebakaran dari sebuah pesawat jenis Boeing 737-800 milik Romeo Airlines ‘terhempas’ beberapa saat sewaktu berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu ketika Latih Amal Bencana Udara 2018 dijalankan Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Senario yang berlaku dalam latihan ini melibatkan sebuah pesawat yang dinamakan sebagai Romeo Airlines, yang “terhempas” semasa berlepas dari KKIA ke Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata dalam simulasi itu semua agensi yang terlibat telah menggerakkan operasi mengikut SOP yang ditetapkan dan kita berharap latihan ini akan mempertingkatkan lagi tahap kesiap siagaan kita untuk menghadapi kemalangan yang sebenar.
Sumber -SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *