Polis Tahan 2 Suspek Cuba Edar Dadah Di Tawau

GAMBAR : FACEBOOK POLIS DAERAH TAWAU

TAWAU, 3 Oktober 2018 – Hasil kecekapan Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) dan Strike Team IPD Tawau pada 1 Oktober 2018 yang lalu dua lelaki masing-masing warga tempatan dan warganegara negara asing ditahan kerana memiliki dadah jenis syabu dipercayai ingin diedar untuk pasaran tempatan.

Dalam kejadian tersebut jam 8.30 malam, bertindak atas maklumat Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dan Strike Team IPD Tawau telah membuat serbuan di kawasan berdekatan dengan CIQ lama bersebelahan Pasar Ikan, Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Bin Hj Marsus berkata, sepasukan anggota JSJN dan Strike Team telah bertindak selepas mendapat maklumat dan ketika memperkenalkan diri kepada suspek pertama yang ketika itu sedang menunggu seorang lagi rakan untuk menyerahkan dadah tersebut.

“ Setelah memperkenalkan diri sebagai Pegawai Polis suspek cuba untuk melarikan diri tetapi berjaya ditangkap dan berlaku pergelutan antara suspek dengan Polis. Hasil pemeriksaan tubuh badan suspek, Polis tidak menjumpai apa-apa barang yang salah. Hasil soal siasat pula mendapati suspek mengaku menyembunyikan dadah berdekatan dengan tebing Jeti di CIQ lama tersebut ,”katanya.

Suspek juga telah menunjukkan kepada Polis dimana dadah telah disembunyikan dan pemeriksaan telah menjumpai satu bungkusan plastik hitam yang mengandungi dua paket plastik lutsinar berisi bahan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu.

Selang lebih kurang 10 minit, kelihatan sebuah bot dipandu oleh suspek kedua, Polis juga menahan pemandu bot tersebut dan memperkenalkan diri pegawai kanan Polis dan suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap.

“Anggota kemudian melakukan pemeriksaan tubuh badan dan mendapati tidak menjumpai apa-apa barang salah dan sebarang jenis dadah berbahaya dari tubuh badan suspek dan bot tersebut, ”katanya.

Hasil pemeriksaan ujian air kencing kedua-dua suspek didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan kes disiasatat mengikut seksyen 39B Akta Dadah berbahaya 1952 dan seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Hasil pemeriksaan rekod lampau pula, kedua-dua suspek pernah ditahan dan dijatuhkan hukuman dibawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 pada tahun 2012 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan pada tahun 2014.

ACP Fadil menasihatkan khususnya kepada ibu bapa untuk terus memantau aktiviti anak-anak mereka serta masyarakat untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak Polis atau melalui aplikasi VSP selaras dengan slogan Bersama Ke Arah Tawau sejahtera.

Sumber : Facebook Polis Daerah Tawau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *